Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kerabat Diraja tersebut adalah dua pupu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Tunku Amal Jakiah Tunku Mohd. Archibald, 58.

Kemalangan dipercayai berlaku pukul 9.45 pagi apabila pemandu yang merupakan anak perempuan Tunku Amal Jakiah cuba mengelak kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan melanggar batu pembahagi jalan.

“Tunku Amal Jakiah yang merupakan penumpang cedera parah di bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu, iaitu anak perempuannya yang berusia 22 hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam sati kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE