Persiapan majlis perkahwinan tersebut tetap diteruskan seperti dirancang walaupun halaman rumah dinaiki air setinggi paras betis selepas hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Kira-kira 500 tetamu terdiri daripada jiran dan keluarga hadir meraikan pasangan pengantin, Nur Suzana Jalil dan Mohd. Hafsham Ismail masing-masing berusia 20-an itu.

Difahamkan, air memenuhi rumah mereka kini kembali surut.

Nur Suzana berkata, kawasan rumah berkenaan dinaiki air pada paras buku lali pukul 8 pagi tadi dan tetamu yang hadir terpaksa meredah banjir untuk sampai ke situ.

“Saya amat bersyukur kerana banjir telah surut sepenuhnya dan majlis perkahwinannya berlangsung seperti yang dijadualkan. Saya dan sekeluarga amat gembira kerana majlis ini dapat dijalankan seperti yang dirancang.

"Walaupun hujan saya tetap gembira kerana impian saya untuk mengadakan kenduri perkahwinan di rumah sendiri tercapai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE