Dalam kejadian pada pukul 4.57 petang itu, seorang anggota polis cedera di bahagian dada akibat tersepit di tempat duduk pemandu, manakala seorang lagi patah kaki kanan.

Kemalangan itu turut menyebabkan salah seorang OKT mengalami sakit di bahagian dada.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Amer Abu Kassim berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan polis jenis Toyota Hiace itu itu merempuh belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

"Kenderaan membawa empat anggota polis bergerak di lorong paling kanan gagal mengelak Toyota Hilux yang dipercayai berhenti secara mengejut kerana kesesakan lalu lintas," katanya, di sini hari ini.

Amer berkata, difahamkan semasa kemalangan anggota polis terbabit dalam perjalanan membawa lima OKT berkenaan ke Sungai Udang, Melaka.

Menurutnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan anggota polis yang tersepit di bahagian pemandu dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE