Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kementerian ucap takziah kepada keluarga pelajar UMS

KPT

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurnasibah Husna Ibrahim yang lemas dalam kemalangan bot terbalik di Kuala Besut, Terengganu hari ini.

Ketika kemalangan berlaku, mangsa yang berasal dari Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh, Kelantan sedang menghadiri program anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak kementerian amat prihatin dan berdukacita di atas insiden yang berlaku. Jenazah akan dikebumikan di kampung asal mangsa di Pasir Puteh, Kelantan malam ini.

“Kementerian memandang serius terhadap insiden yang telah berlaku dan telah mengarahkan pihak UMS untuk menghubungi keluarga mangsa dan mengambil tindakan segera dalam urusan kebajikan mangsa dengan memberikan bantuan serta pertolongan yang diperlukan,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan dikeluarkan di sini. - UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain