Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kemalangan dua lori tangki, seorang maut

KEMALANAGHN DUA LORI, SORANG MAUT 2
KEADAAN dua lori tangki yang remuk teruk dalam kemalangan di Kilometer 106.4 Lebuh Raya Utara Selatan dekat terowong Taman Keladi di Sungai Petani malam tadi.-UTUSAN ONLINE/MEDIA SOSIAL

SUNGAI PETANI 19 Mei - Seorang lelaki maut setelah lori tangki yang dipandunya merempuh sebuah lagi lori tangki di Kilometer 106.4 Lebuh Raya Utara Selatan dekat terowong Taman Keladi di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.20 malam itu, mangsa, Tan Hoa Peng, 72, dari Kulim dipercayai maut akibat kecederaan parah pada kepala.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa, kejadian dipercayai berlaku apabila lori tangki dipandu mangsa merempuh sebuah lagi lori tangki yang mengalami kerosakan akibat tayar pecah.


“Ketika pemandu lori tangki yang pecah tayar itu cuba berhenti di lorong kecemasan dipercayai mangsa gagal mengelak lalu merempuhnya.


“Rempuhan mengakibatkan mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.


Tambah beliau, seorang lagi pemandu lori tangki, Teoh Lai Aun, 33, dari Taman Sejati Indah di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE


Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain