Difahamkan, mangsa, Salleh Ariffin, 63, tinggal seorang diri sejak beberapa bulan lepas setelah kematian ibunya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.51 malam sebelum tiba di lokasi pada 9 malam.

“Setiba jentera di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah kelas A. Kemusnahan adalah 90 peratus.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.15 malam,” katanya di sini.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah. - UTUSAN ONLINE