Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kebakaran belukar yang berlaku itu melibatkan pelbagai lokasi antaranya berhampiran sebuah sekolah menengah, taman perumahan dan tepi pantai.

“Punca kebakaran belukar ialah perbuatan individu tidak bertanggungjawab termasuk pekebun yang ingin meluaskan kawasan tanaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Poh Kiong, sejak bandar raya Miri dilanda musim panas serta kemarau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri menerima lima kes kebakaran setiap hari.

Kebakaran belukar adalah masalah yang sering melanda bandar raya Miri sehingga menyebabkan kebakaran tanah gambut dan menjadi punca jerebu tebal menyeliputi bandar raya itu pada 2016.-BERNAMA