Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, juragan kapal layar tersebut, Robert David, 61, dan krunya, Nongpet, 40, kemudian menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.

Bertindak daripada maklumat itu MRSC Johor Bahru mengaktifkan Op Cari lamat dan menghantar bantuan selepas menerima aduan melalui talian MERS 999 oleh juragaan tersebut.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal layar itu sedang belayar dari Marina Savana Cove, Pengerang menuju ke Narathiwat, Thailand.

"Maklumat daripada mangsa, semasa sedang belayar, bilik jentera kapal layar tersebut telah dimasuki air akibat cuaca buruk lalu mengakibatkan kapal layar tersebut hilang kawalan dan terdampar di pantai berhampiran kampung itu.

"Pasukan penyelamat APMM yang tiba di lokasi kejadian mendapati kapal layar tersebut telah terdampar dalam keadaan stabil di pantai," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, kedua-duanya ditemukan dalam keadaan selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan.

Maritim Johor menasihatkan orang ramai khususnya kepada komuniti maritim menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan maklumat ramalan cuaca apabila belayar ke laut bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang tidak diingini berlaku.

Pasa masa sama, mereka disarankan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Johor Bahru pada talian 07-2199496 untuk aduan atau sebarang kecemasan di laut. - UTUSAN ONLINE