Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya bersama neneknya bermain sebelum tersepit pada besi penghadang berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, bomba yang tiba pada pukul 9.16 pagi berjaya memotong besi dan mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

“Bomba menggunakan pemotong besi bagi mengeluarkan mangsa dan mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE