Mangsa, S. Raajveer, 9, yang merupakan OKU mental sejak lahir dan merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu ditemukan terbaring di atas tanah di bawah flat itu kira-kira pukul 9.20 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa dipercayai terjatuh selepas memanjat tingkap di bahagian dapur yang tidak mempunyai pagar besi.

“Ibu bapa mangsa dikatakan tidak menyedari mangsa memanjat tingkap berdekatan sinki.

“Ibu saudara mangsa yang berada di dalam rumah ternampak mangsa seperti hendak terjun daripada tingkap, tetapi dia tidak sempat untuk menariknya sebelum terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE