Dalam kejadian 2.15 petang, mangsa, Muhammad Razzan Madhani Abdul Hamid, 5, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Miri akibat kecederaan parah di kepala.

Memetik laporan Utusan Borneo, ketika kejadian kanak-kanak yang menghidap autisme non verbal itu dipercayai ditinggalkan bersendirian di bilik utama rumahnya oleh ibunya untuk menyusu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi Utusan Borneo memberitahu, namun apabila dia kembali, wanita itu terkejut apabila mendapati mangsa tiada di dalam bilik dan melihat tingkap terbuka.

“Dia segera berlari ke arah tingkap yang terbuka serta melihat ke bawah dan mendapati anaknya sudah terbaring di atas simen,” katanya.

Tambah Lim, berikutan kejadian, ibu mangsa terus menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Miri dekat sini dan disahkan meninggal dunia kerana ada kesan luka di kepala.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE