Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kanak-kanak lelaki jatuh kolam terbiar meninggal dunia

MUHAMMAD RUSYAIDI MOHAMAD NA'AM
MUHAMMAD RUSYAIDI MOHAMAD NA'AM

ALOR SETAR 16 Julai - Setelah beberapa hari bertarung nyawa, kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh kolam terbiar di sebuah dusun di Kampung Baru Padang Lalang Kuala Nerang pada Khamis lepas meninggal dunia pagi tadi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Muhammad Rusyaidi Mohamad Na’am yang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini meninggal dunia kira-kira pukul 9.24 pagi.


“Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia pada 9.24 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.


Mangsa yang mendapat rawatan di Unit Jagaan Rapi Pediatrik hospital tersebut bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak hari kejadian.


Difahamkan jenazah kanak-kanak tersebut akan dibawa ke Kampung Semeliang Kuala Nerang untuk dikebumikan.


Dalam kejadian 13 Julai itu sebelum ini turut mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Damia Nadhirah Shahrudin yang sebaya dengannya maut setelah terjatuh di kolam berkenaan.


Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bermain di kawasan berkenaan sebelum ditemukan terapung dalam kolam itu.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain