Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang dan mangsa masih belum ditemukan meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sejak petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 petang dan mengarahkan pasukannya untuk menjalankan operasi SAR.

“Bertindak atas maklumat, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu digerakkan ke lokasi sejauh 40 kilometer.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan SAR menjalankan operasi di permukaan air di sekitar lokasi kejadian memandangkan keadaan hari semakin gelap,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah kenyataan itu, operasi ditangguh dan akan disambung pagi esok.

“Maklumat terkini akan dimaklumkan,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE