Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, ibu kanak-kanak itu hanya menyedari anaknya telah tertinggal dalam kereta yang diletakkan di parkir kolej itu kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Katanya, wanita berusia 31 tahun itu yang bergegas ke keretanya mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Port Dickson.

“Petugas klinik itu kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Pihak polis masih menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut dan menunggu laporan bedah siasat terhadap si mati,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada masa ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.- UTUSAN ONLINE