Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Norazam Shaari berkata, mangsa bersama-sama lapan lagi rakannya berusia antara lapan hingga sepuluh tahun bermain bola sebelum berenang di dalam kolam berkenaan.

“Mangsa cuba mengambil bola yang hanyut ke tengah kolam berkenaan sebelum dia tiba-tiba lemas dan hilang,” katanya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.03 malam.

“Bomba berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari tebing kolam di lokasi mangsa terjatuh,” katanya. - UTUSAN ONLINE