Mangsa berusia lima tahun itu dikatakan terjatuh dari arah tingkap bilik kediaman keluarganya dan ditemui di kawasan tempat meletak kereta flat berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah (1) Timur Laut, Superintenden Izwan Abd. Karim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Kita sedang menghubungi pihak HPP bagi mendapatkan kepastian dan butir-butir mangsa terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE