Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa bermain mercun berkenaan bersama adiknya di halaman rumah.

Mangsa yang ketika itu sedang cuba membakar mercun tersebut terkejut apabila ia secara tiba-tiba meletup di tapak tangan kanannya.

Akibat letupan tersebut, tapak tangan kanan mangsa melecur teruk dengan jari telunjuknya hancur.

Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE