SOFYAN MUSTAMIN
SOFYAN MUSTAMIN 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Sofyan Mustamin, 35, yang tersepit dalam kereta jenis Proton Savvy miliknya disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa dari arah Bekok ke Bandar Segamat hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu kereta mangsa telah berlanggar dengan lori terbabit dan menyebabkan kenderaan itu diseret sehingga ke bahu jalan, mangsa didapati tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Raub menambah, permukaan jalan didapati basah ketika kejadian akibat faktor hujan renyai-renyai dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE