Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.41 malam ketika mang­sa, Adam Fahizi Mohd. Husni, 8, ma­suk ke tandas tersebut untuk membuang air besar.

Difahamkan, keadaan lantai yang licin menyebabkan kanak-kanak tersebut tergelincir sebelum kaki kirinya masuk ke dalam lubang tandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd. Taufik Abd. Sattar berkata, pihaknya bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa sedang mena­ngis sambil menahan kesakitan kerana kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas hingga ke paras pergelangan kaki.

“Kami mengambil masa sekitar 30 minit untuk memecahkan mangkuk tandas sebelum dapat mengeluarkan kaki kanak-kanak itu. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa tamat pada pukul 9 malam.