Jenazah Alissa Azhar, 15 dan kakaknya Alia, 17, dikebumikan dalam liang lahad berasingan pada pukul 9.30 malam.

Sebelum itu, jenazah kedua-duanga disembahyangkan oleh kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan juga jemaah Masjid Tunku Laksmana Abdul Jalil, di Yong Peng, yang diimamkan oleh Qurrotu Akyun selepas Solat Isyak setelah tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.15 malam.

Selain Alissa dan Alia, turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ayahnya Azhar Ahmad, 50; ibu saudara mereka yang hanya dikenali sebagai Habibah, 60 dan ibu tiri mereka, Halimatun Aris Padzil, 24.

Ketika kejadian, kelima-lima mereka yang menaiki kenderaan jenis Isuzu D-Max dalam perjalanan ke Perak dari kediaman mereka di Taman Kota Panorama, Yong Peng bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Kemalangan turut mengorbankan seorang pemandu Mitsubishi Triton iaitu Wang Chow Kuang, 51. - BERNAMA