Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan percaya tabung derma kilat

Jangan percaya tabung derma kilat
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hadir di Pusat Tahfiz Darul Quran Itifaqiah yang terbakar disini hari ini. - UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan tabung derma kilat bagi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang kini sedang tular di laman media sosial kerana dipercayai penipuan itu dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu bagi menghormati perasaan waris keluarga mangsa selain menghindarkan orang ramai menjadi mangsa.

“Saya harap tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas tragedi ini, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkara berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas penularan tabung bencana insiden malang itu sejak awal pagi tadi.

Menurut Asyraf, orang ramai juga diaaran tidak menyebarkan gambar atau video mangsa rentung insiden kebakaran di pusat tahfiz itu bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Sementara itu, pihaknya sedang berbincang bersama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan keluarga bagi menguruskan jenazah yang sebahagian daripada waris bersetuju untuk mengebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Karak manakala sementara yang lain mengikut perkampungan keluarga masing-masing.

“Urusan mandi, kapan dan solat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain