Mangsa yang meninggal dunia ialah, seorang imam di Masjid Mukim Jelawang, Ahmad Awang Ngah, 78, dan seorang pemuda, Mohd. Addin Mahadi, 29. 

Bagaimanapun sehingga kini belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan yang membabitkan kereta jenis Perodua MyVi dan Perodua Viva yang dipandu oleh Ahmad dan Mohd. Addin berlaku.

Jurucakap bomba Jeli berkata, pihaknya mendapati kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan terpaksa mengeluarkan mereka dengan menggunakan peralatan khas.

“Kita menerima panggilan pada pukul 11.58 pagi dan seramai lima anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan. 

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.  

Pihak polis masih menjalankan sisasatan lanjut berhubung kejadian itu. - UTUSAN ONLINE