SURINA GHANI
SURINA GHANI

Surina Ghani,40, yang tersepit dalam kenderaan  meninggal di tempat kejadian manakala anaknya, Nuryn Elmira Farhana Mohd Hamzah,17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal dan adiknya, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara, Nuryn Elisha Farhana Mohd Hamzah, 12, cedera.

Nuryn Elmira mengalami retak tulang bahu kanan dan pergelangan tangan kanan menyebabkan dia yang melalui detik-detik getir itu terpaksa menggagahkan diri untuk menduduki kertas Prinsip Perakaunan 1 dan 2 di Hospital Kemaman.

Namun adiknya yang mengalami cedera parah dipindahkan dari Hospital Kemaman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, kira-kira tiga jam kemudian untuk rawatan lanjut setelah keadaannya agak kritikal.

Dua sukarelawan Aman Palestin yang menaiki van ketika dalam perjalanan dari arah Cukai ke Kerteh itu turut cedera dan mendapat rawatan di Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul  7.15 pagi itu semasa tiga beranak itu baharu keluar dari simpang berhampiran rumah mereka manakala sukarelawan itu dalam perjalanan ke satu program. - UTUSAN ONLINE