Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, perkarangan bangunan lama HRPZ II dinaiki air setinggi kira-kira paras betis.

Jurucakap HRPZ II berkata, air surut sepenuhnya kira-kira pukul 6.30 petang ini dan operasi keseluruhan hospital tidak terjejas.

Katanya, beberapa wad di bangunan lama itu termasuk Wad Kanak-kanak dan Unit Forensik dilanda banjir kilat namun tiada pesakit dipindahkan.

Difahamkan, selain HRPZ II, beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu turut dilanda banjir kilat seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Peringat. - UTUSAN ONLINE