Menurut kenyataan Pejabat Akhbarnya di sini, mesej itu mendakwa ketua menteri membuat pengumuman yang menjadi viral di media sosial, terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

"Sila maklum bahawa berita yang menyatakan Ketua Menteri Sabah telah mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum susulan gempa bumi itu adalah palsu.

"Sila hentikan penyebaran berita palsu itu," kata kenyataan berkenaan.

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar berkaitan gempa bumi itu pada 1.45 tengah hari ini.- BERNAMA