Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Anuar Abu Bakar, 49, dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri ketika mendaki bersama-sama 12 pelajarnya.

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan kemudian bergegas ke tempat kejadian yang berada pada ketinggian kira-kira 675 meter dari paras laut.

Walau bagaimanapun, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5.56 petang selepas dibawa turun ke kaki gunung.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri mengesahkan kejadian dan memaklumkan laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat.

Menurutnya, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Pasir, Muar malam tadi. - UTUSAN ONLINE