Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Giat Mara akan buat pemeriksaan pendawaian percuma ke seluruh pusat tahfiz

Datuk Seri Ismail Sabri hadir membuat lawatan di perkarangan hadapan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifa
DATUK Seri Ismail Sabri hadir membuat lawatan di perkarangan hadapan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Datuk Keramat hari ini. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Semua pelajar dan tenaga pengajar Pusat Giat Mara diarahkan untuk membuat pemeriksaan pedawaian elektrik percuma terhadap semua premis pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

Arahan berkenaan dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Sabri selepas beliau mengadalan lawatan ke Pusat Tajfiz Darul Al-Quran Ittafaqiyah yang terbakar dan mengorbankan 23 nyawa awal pagi tadi.

Menurut Ismail, langkah itu diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang di institusi-institusi pengajian agama berkenaan.

“Pemeriksaan pendawaian tersebut turut akan diadakan di rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah anak yatim.

“Kementerian juga akan mengadakan kutipan bantuan dalam kalangan petugas kami untuk menbantu keluarga mangsa,” kata beliau kepada pemberita.

Dalam pada itu, Ismail juga memaklumkan pihaknya akan melakukan kajian untuk menentukan bentuk bantuan lain yang boleh diberikan kepada mangsa yang terselamat dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 5.41 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain