Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, pihaknya telah merujuk kepada Lembaga Peperiksaan berhubung kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang ditunda ekoran kejadian tersebut.

"Kita dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan akan turun untuk memantau peperiksaan yang akan dijalankan pada Rabu ini.

"Bagaimanapun, sesi persekolahan bagi sekolah tersebut pada esok hari berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi tadi, dua pekerja warga asing di kilang membuat ais, Everest Ice maut selepas dilaporkan terhidu gas amonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE