Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, kesemua motosikal itu adalah jenis Honda C70 manakala kereta yang musnah ialah Ford Escort.

Katanya, tidak ada orang di rumah tersebut ketika kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

“Sepasukan enam anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.57 tengah hari.

“Api telah dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa minit dan tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya. - UTUSAN ONLINE