Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, kesemua lokasi itu terletak di Lebuh Raya Utara Selatan iaitu di daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pendang dan Bandar Baharu.

Katanya, lokasi terlibat adalah di Kilometer (Km) 46.5; 109.4; 83.3; 20; 63.1 dan 171.3 Lebuh Raya Utara Selatan.

“Lebih 100 orang anggota trafik dan lain-lain cawangan akan bertugas sempena Op Selamat kali ini dengan memberi tumpuan lokasi hotspot yang banyak terlibat kemalangan maut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Op Selamat 14/2019 sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Beli-belah Aman Sentral di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE