Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khiruddin Deraman berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 12.05 tengah hari dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebanyak 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah dan Keramat terlibat dalam operasi memadam api yang berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE