Tiga buah kenderaan yang terlibat  ialah kenderaan pacuan empat roda (4WD) Isuzu D-max, Audi dan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Difahamkan, mangsa yang maut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Mayat kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Gerik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kemalangan turut mengakibatkan dua yang lain parah dan empat lagi cedera ringan.

Katanya, kenderaan Isuzu D-max dan Kenari  dalam perjalanan dari arah Gerik dan Jeli manakala Audi pula dari arah bertentangan.

"Anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.56 tengah hari.

"Empat mangsa  maut manakala enam yang lain cedera," katanya. -UTUSAN ONLINE