Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.49 malam dan mengejarkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke tempat kejadian.

“Kereta jenis BMW tersebut dinaiki empat lelaki berusia lingkungan 30-an yang mana seorang daripadanya mengalami patah kaki manakala tiga lagi hanya cedera ringan.

“Kereta tersebut terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi memadam api tamat sepenuhnya pada pukul 1.45 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE