Mangsa yang maut adalah pemandu Honda Stream, Nur Faizlin [email protected], 37; suami­nya, Nizam Daud, 51, dan dua anak mereka, Nur Naqia, 7, dan Muhammad Niaz, 2.

Seorang lagi anak mereka yang turut berada dalam kenderaan itu, Muhammad Naqib, 9, terselamat namun cedera selepas tercampak dari MPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, MPV dinaiki lima beranak itu dalam perjalanan dari Labis menghala ke Segamat, manakala treler tanpa muatan berkenaan dari arah bertenta­ngan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, hujan lebat dan treler itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar bahagian hadapan MPV tersebut.

“Keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan dan terselamat,” katanya.

Raub berkata, kesemua mang­sa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat, manakala kanak-kanak yang terselamat dan pemandu treler turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Syed Putra Syed Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pukul 1.35 petang dan menghantar lima anggota ke tempat kejadian.

“Sewaktu tiba kira-kira lapan minit kemudian, kami dapati ke­semua mangsa telah meninggal dunia akibat cedera parah. Mayat kesemua mangsa telah dise­rahkan kepada polis, manakala mang­sa yang cedera dihantar ke Hospital Segamat,” katanya.