Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dalam kejadian pukul 6.03 petang itu, mangsa yang dipercayai warganegara Myanmar berusia lingkungan 30-an telah menceroboh masuk laluan komuter sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu, tren komuter yang membawa kira-kira 30 orang penumpang itu dalam perjalanan dari stesen Kepong ke Sungai Buloh.

“Pemandu telah menghentikan tren sejurus menyedari kelibat mangsa yang terpelanting ke kedua-dua belah bahu landasan.

“Ekoran itu, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian dan tiba sejurus selepas menerima laporan tersebut,” katanya.

Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Pihak KTMB telah menyediakan tren gantian bagi membolehkan semua penumpang menyambung perjalanan mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE