Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.29 pagi tadi.

“Seramai kira-kira 30 anggota bomba bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih, BBP Kajang, BBP Bangi dan BBP Nilai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sudah merebak ke rumah kedua sebelum kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 8.40 pagi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE