Dua mangsa yang juga bersaudara itu adalah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Mohd. Fadhlu Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 8.32 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sehingga kini masih dijalankan. - UTUSAN ONLINE