Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Faris Shahmi Suhailee, 20, dan Nazirul Haziq Abdul Hak, 21, meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, ketika Nazirul Haziq yang dari arah Balik Pulau memotong kereta, dia telah merempuh Muhammad Faris Shahmi dari arah bertentangan.


“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE.