Kejadian pada pukul 6.50 pagi itu meragut nyawa Maidi Dahdi, 38, dari Pangkalan TUDM Ibam dan pengawal keselamatan Politeknik Muadzam Shah, Muhammad Izad Alias, 27.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa Muhammad Izad dalam perjalanan ke Muadzam Shah manakala Maidi menghala ke Ibam.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Muhammad Izad dipercayai terbabas dan memasuki jalan bertenta­ngan lalu merempuh Maidi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, Maidi maut di tempat kejadian manakala Muhamad Izad meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah pada pukul 8.15 pagi ini dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.