Dalam kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang masing-masing memandu lori tangki membawa muatan getah maut di tempat kejadian manakala pemandu lori treler pula cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dibantu anggota dari Balai Bomba Tanjung Malim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.18 malam.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans.

“Mayat kedua-dua mangsa pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN ONLINE