Muhammad Nor Eiyzhar Mohd Shukri , 16, pelajar Sekolah Menengah Integrasi Kuantan, Pahang dan rakannya, Muhammad Amirul Nabil Sidek, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau yang cedera parah di kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuidin Abdullah ketika dihubungi memberitahu, kejadian kira-kira pukul 5,20 petang itu  berlaku di satu selekoh dalam keadaan jalan agak basah selepas hujan.

Menurut Baharudin, kedua - dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Bandar Bukit Besi menuju ke kediaman mereka di Kampung Dendang yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pacuan empt roda jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 40-an,  dalam perjalanan dari Johor menuju ke Kelantan hilang kawalan lalu  melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan jalan sebelum berpusing  memasuki laluan asal.

“Pada masa yang sama motosikal yang ditunggang  mangsa yang mengekori di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan terbabit menyebabkan kedua - duanya tercampak beberapa meter ke atas jalan raya.

Menurut Baharudin, kes akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987.

Sementara itu  ibu kepada  Muhammad Nor Eiyzhar, Norkini Abd Rani, 43 , berkata , anak kedua dari empat beradik itu pergi ke bandar Bukit Besi  pada pukul  4.30 petang untuk membuat salinan kad pengenalan bagi urusan mendaftar masuk di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah pada hari ini. - UTUSAN ONLINE