Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kenderaan lain yang terlibat adalah 10 buah kereta dan sebuah motosikal.

“Nahas berlaku kira-kira pukul 5.30 petang. Setakat ini dua mangsa dikenal pasti cedera parah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu, kemalangan itu berlaku berhampiran Petronas Batang Benar.

 

Menurut sumber, seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin bersama dua buah jentera memberi bantuan.

“Semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam semasa pihak bomba tiba,” katanya. - UTUSAN ONLINE