Dua maut tertimbus jambatan runtuh

PASUKAN bomba sedang mengeluarkan mayat  yang tertimbus dalam runtuhan jambatan di Taman Serdang, Bandar Baharu sambil diperhatikan orang ramai, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Barudin Wariso berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.15 malam tadi ketika kedua-dua mereka yang dipercayai menaiki sebuah motosikal melalui jambatan tersebut.

"Jambatan itu dikatakan runtuh secara tiba-tiba ketika mereka melaluinya dengan keadaan cuaca dilaporkan baik pada masa itu tanpa hujan.

"Mayat pertama berjaya dibawa keluar dari runtuhan pada pukul 12.15 pagi manakala mayat kedua kira-kira lima minit kemudian," katanya kepada pemberita malam tadi.

Dua maut tertimbus jambatan runtuh
ORANG ramai melihat runtuhan jambatan di Taman Serdang, Bandar Baharu, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

Tambahnya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini butiran lanjut mengenai kedua-dua mangsa belum diperolehi," katanya. - UTUSAN ONLINE