Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan Toyota Hilux yang dipercayai bertembung.

“Dua lelaki yang menaiki Perodua Myvi berusia 25 dan 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala pemandu Toyota Hilux berusia 27 tahun hanya cedera ringan.

“Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa berusia 27 tahun yang tersepit di tempat pemandu Perodua Myvi dan menyerahkan mayatnya dan seorang penumpang lain kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE