Mangsa, Soh Lip Soon, 60, warga tempatan dan Late Abdul Rafiq Imam Sharif, 50, yang merupakan warganegara Bangladesh maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Lip Soon yang memandu kereta Toyota GL Wagon dan Late Abdul Rafiq yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaan itu.

Pemandu lori berkenaan yang membawa muatan batu dan pasir selamat dan sudah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kerosakan brek lori berkenaan sebelum merempuh kereta mangsa lalu melanggar sebuah bengkel berdekatan. - UTUSAN ONLINE