Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua maut kemalangan

Selang 10 minit di lokasi berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan

MAYAT Tan Hoa Peng yang ditutup dengan surat khabar apabila dirempuh
MAYAT Tan Hoa Peng yang ditutup dengan surat khabar apabila dirempuh sebuah lori tangki ketika menukar tayar keretanya di Kilometer 106.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Sungai Petani, Kedah, semalam. UTUSAN/IHSAN PDRM

SUNGAI PETANI 19 Mei - Seorang warga emas dan remaja berusia 18 tahun maut dalam dua kemalangan berasingan selang 10 minit di Kilo­meter 106.4 dan 105.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pertama, seorang warga emas, Tan Hoa Peng, 72, yang berasal dari Taman Selasih Kulim, maut di lokasi kejadian setelah lori tangki dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lagi lori tangki yang sedang menuju ke lorong kecemasan bagi menukar tayarnya yang pecah di Kilometer 106.4.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.20 malam itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari lorinya dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, ekoran daripada pe­langgaran itu, berlaku kesesakan panjang di kawasan tersebut yang tidak mempunyai lampu jalan.

“Selang 10 minit kemudian, berlaku satu lagi kemalangan maut apabila sebuah kereta jenis Naza Suria dinaiki empat remaja lelaki berusia 15 hingga 18 tahun merempuh belakang sebuah lori treler yang berhenti dalam ke­sesakan lalu lintas tersebut.

“Pemandu kereta tersebut, Ooi Jien Shen, 18, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Dua rakannya, Khoo Way Jie, 15, dan Lim Wei Hong, 18, menerima rawatan sebagai pesakit luar sementara seorang lagi, Khoi Way Shyen, 18, tidak mengalami sebarang kece­deraan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Sek­syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain