Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mereka yang terkorban dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dua tingkat yang membawa 37 penumpang itu melanggar pembahagi jalan.

“Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang dilakukan anggota. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE