Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam dan sebaik pasukan bomba tiba ke lokasi mendapati api masih marak di bangunan tersebut.

"Kebakaran berlaku membabitkan sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat,” katanya, di sini malam ini.

Menurut Azmi, seramai 34 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Balai yang terlibat dalam operasi itu ialah Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul," ujarnya. - UTUSAN ONLINE