Bagaimanapun dalam kejadian tersebut tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana murid-murid sudah berpindah ke bahagian lain.

Bagi mengawal keadaan dan memgelakkan api merebak, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan BBP Pekan Nanas dengan empat jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Ramli, operasi memadam kebakaran masih lagi dilakukan sehingga kini.

“Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE