Nahas pada pukul 7.30 malam itu mengorbankan Md. Zahar Md. Ali, 38, dan anaknya, Muhammad Faris, 7, manakala seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Firdaus, 9, pula cedera parah di kepala.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian menimpa tiga beranak itu disedari seorang pengguna jalan raya setelah menjumpai Muhammad Firdaus dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan.

Katanya, kanak-kanak itu memaklumkan dia telah terlibat dalam kemalangan dengan bapa dan adiknya masih berada di bawah gaung.

“Pengguna jalan raya itu kemudiannya menghubungi talian 999 untuk bantuan. Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa dengan mayat Muhammad Faris berjaya dibawa keluar pada pukul 10.25 malam dan mayat bapanya pula pada pukul 11.40 malam.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala Muhammad Firdaus yang cedera parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE